Thursday, June 09, 2011

Aktiviti Cuti Sekolah : Belajar Bahasa Mandarin

Cuti sekolah, tiga-tiga beradik ni balik rumah tok di Sekinchan. salah satu kelebihan balik kampung ialah, rumah tok sekinchan ada saluran TV berbayar. Ade channel cartoon.  Jadi abang ngah dah jadi sangat cekap menukar-nukar siaran. siap boleh pilih bahasa lagi.

Saluran berbayar ni kan suka tayang cerita sama berulang-ulang kali. Tok perasan yang abg ngah dah tukar cerita Tarzan ke bahasa Mandarin.

Tok: "kenapa abg ngah tukar bahasa cina?"
Abg ngah; "saje je sebab abg ngah nak belajar bahasa cina"
adik: "tok.. tok.. adik dah pandai cakap cina.. shong sheng cong ceng...."
tok: "hahahahahaha"

Boleh kawan-kawan? Mari kita belajar bahasa mandarin
gambo hiasan semate

No comments:

LinkWithin

cerita yang mungkin anda suka