Semalam Haziq Haikal gi HKL lagi. Macam biasa ada routine checkup. Kali ni Haziq Haikal dengan ibu sahaja. Abah hantar sampai depan Paed Unit. Ibu rush masuk ambik no giliran. Haziq Haikal dah start lompat-lompat nak turun dari dukung sebab nampak ada bintang dan ikan tergantung. Lepas tu jerit-jerit lawan abang-abang dan kakak-kakak yg seronok main-main di belakang.
Ibu daftar dan dapat lagi satu no. giliran untuk bilik no. 7. Haziq Haikal dapat no. 11. Aduih, masa tu baru no 1. Haziq Haikal ajak ibu jalan-jalan. Dia nak ikut sama main dalam rumah plastik. Haziq Haikal belum boleh jalan sendiri, jadi ibu kene pegang tangan tapi sebelah sahaje. Haziq Haikal gelak-gelak usik orang. Orang usik pon Haziq Haikal gelak-gelak juga sambil jerit-jerit.
Bila sampai giliran no 5. Haziq Haikal dah penat. Dia dah jeling-jeling botol susu orang. Ibu bagi botol susu. Lepas habis susu, Haziq Haikal dah tak nak duduk. Nak berdukung. Aduih! Penatnye ibu.
Bila no. giliran sampai kami masuk bilik no. 7. Haziq Haikal jumpa Dr. Farah. Haziq Haikal ingat Dr. Farah tak?? Dia doktor yg bagi Haziq Haikal tidur dengan ibu lepas Haziq Haikal keluar dari incubator. Sebelah doktor Farah ada Doktor Chee. Dr. Chee yang bagi Haziq Haikal balik rumah. Doktor Farah tekan-tekan perut, ukur lilit kepala. Tengok berat dan tinggi. Ibu mengadu kat Dr. Farah yg Haziq Haikal selalu dengkur-dengkur dan seleseme. Dr. Farah check tekak, hidung dan telinga. Uh uh! Haziq Haikal demam, tekak bengkak dan hidung bengkak. Acute tonsillitis and allergic rhinotitis. Itu doktor Farah tulis dalam prekripsi (betul ke eja ni?) ubat.
Kesian ibu ngan Haziq Haikal kena tunggu teksi dalam hujan. Dah la teksi taknak berhenti. Last resort, ibu tunggu depan pintu teksi orang tengah keluar. Berjaya. Haziq Haikal dah nangis-nangis sebab letih. Masuk teksi Haziq Haikal terus tidur. Sepanjang perjalanan dalam lrt Titiwangsa sampai la ke B. Jalil, sampai ke rumah, Haziq Haikal tidur. Kepenatan. Kesian dia. Kesian juga ibu. Sakit bahu dan tangan dukung dia.
Tapi anak ibu yang ini, walaupon sakit tetap ceria!
No comments:
Post a Comment