Friday, April 21, 2006

New tricks

Kesian kan muka anak ibu dan abah ni? Sedih sangat bila ibu dan abah tinggalkan. Penat dah cakap ibu ngan abah nak pergi kerja, tapi masih nak jerit-jerit minta dukung.

Ini trick aje ni. Menangis kejap je. Lepas tu sambung balik merangkak pusing-pusing, belasah Huda n baca buku ABC. Ulang aktiviti tadi sampai petang (sampai ibu n abah balik). pagi tadi Haziq Haikal berjaya menakutkan toknya dgn menelefon di subuh-subuh hari. Bebudak zaman IT.. memang pandai.

Adik Najmi pon dah ada trick sendiri, bila ibu dah bersiap sedia nak keluar, cepat-cepat hisap jari/tangan menandakan dia sangat lapar. sampai berdecup-decup bunyi. Ibu kesian, bagi la susu. Lepas hisap 2 3 kali.. senyum-senyum. eh?? bukan lapar ke? senyum-senyum lagi.. nak kena kepit nak tidur. uh uh! susahnya..

Alahai anak ibu dan abah ni...

No comments:

LinkWithin

cerita yang mungkin anda suka