Showing posts with label Haziq Haikal. Show all posts
Showing posts with label Haziq Haikal. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

Weekend yang kami suka..

Inilah aktiviti yang kami suka buat..
kami suka pergi ke Taman Botani Perdana.. perkara pertama kena buat, kita kena baca 'rules & regulations'.

then off we go!!!!

Kitorang main sampai penat.. lari sampai terpelanting kasut-kasut. kotor pon takper..
it's ok to act like monkey sometimes.. ibu suka.. see pipi ibu makin kembang..

Thursday, January 12, 2012

First day of school

The last week of 2011 and the first week of 2012 was a busy week for Ibu. Abg long start his standard 1 and both adiks will continue our kindergarten. Ibu is juggling works and school quite OK but sometimes she did lost her cool with our antics.

Sneak preview of abg long's first day of school. He was calm but always on the look out for Ibu and Abah.


But that was before he met new friends. After meeting new friends, he was happy and excited to go to school.


His only problem now is boredom. That will be another story to be told.

Monday, July 25, 2011

Demam bergilir-gilir

Semenjak dua minggu lepas, anak-anak ibu diserang demam secara bergilir-gilir. macam pas baton gitu. mula-mula yang demam, angah. seminggu ibu tido tak lena sebab bila malam-malam badan panas sangat-sangat. terpaksalah ibu cuti jaga angah. seronok sangatlah dapat duduk dirumah dengan ibu sampai siap bisik kat along "best tau duduk rumah sorang-sorang dgn ibu".. dah kelat muka along.

baik je angah dari demam along pulak. along yang selalunya bila-demam-pandai-rehat-sendiri, boleh pulak main sakan. almaklumlah duduk sorang-sorang kat rumah takde gangguan adik-adik. tapi lama sungguh along demam sampai kene ambik darah. takut denggi. mujur dia baik.. hehehe.. tu pon lepas kene ugut, kalau tak baik demam nak kene cucuk lagi kat hospital.. wahahaha..

then adik pulak.. tapi mujur adik ni terer. 2 malam je demam.. siap boleh main-main macam takde pape.. bila temperature naik je baru nak diam.. haiissshh..

now turn abah pulak.. haduihh.. sampai ibunya body clock sudah lari ni..

Thursday, June 16, 2011

Abg Long

Abang long ni peel die pelik sket.. most of the time die diam.. tapi bila dia bercakap.. abg ngah yang banyak cakap pon tak boleh menyampok..abg long ni dapat the best personality from ibu n abah.. rasanya banyak peel abah kot.. tu mengikut kata tok n tokki laa..

very smart actually.. spelling terer.. dah boleh membaca sikit-sikit.. dan bila dia NAK sahaja.. dia cuma buat perkara yang dia NAK sahaja.. dia suka observe something and dia akan tanya bila dia rasa macam nak tanya.. cikgu kata bila diajar kat sekolah dia macam main-main tapi sebenarnya masuk dalam kepala.. bila tanya tau pulak dia jawab.. memang kene banyak bersabar laa actually nak melayan dia nih.

most of the t ime dia lagi suka main sorang-sorang.. atau gelakkan adik-adik yang tengah main.. cuti sekolah baru nih dia lagi suke berlari memusing-musing macam layang-layang tanpa arah.. dia bukan jenis main fizikal.. tapi selalu kene lanyak2 dengan adik-adik.. tapi bagusnya dia cukup bersabar dengan adik-adik. habis tension pon dia pulas telinga adik2 dia. heh

abg long ni jiwa dia sensitif dan sangat-sangat penyayang. dia sangat sensitif bila sebut org sakit.. tak kesah la tok sedare ke, sepupu jauh ke, asal dia dengar kita bercerita somebody2 jatuh sakit, dia nak tau.. kalau boleh nak jenguk kat hospital.. semalam tok datang rumah. last sekali jumpa sebulan lepas dan masa tu kaki tok sakit. ade bisol besar di betis. perkara pertama dia tanya tok dia, "tok, nak tengok kaki tok sakit". terkejut tok sebab dia ingat lagi kaki tok yang sakit tu.

diala yang selalu cakap "abg long sayang ibu".. most of the time tak susah nak handle die.. penyabar orgnya.. tapi bila time die keras kepale.. wahhaaaaii.. nak menitik air mata ibu.. cuma makan laa banyak sikit abg long.. kurus sangat.. sedih ibu tengok.

Wednesday, March 05, 2008

Abang Long Penyejuk hati Ibu

Malam tadi ibu sorang-sorang tidurkan anak-anak ibu. Abah penat dan tak sedarkan diri. Yang paling susah nak ditidurkan ialah Abang Ngah. Adik Faris pulak merengek-rengek ajak main sebab siang dah banyak tidur.

Kesian Abang Long, golek golek sorang-sorang. Tidurkan diri sendiri. Lepas Ngah dah tidur, ibu tengokkan Adik Faris yang merengek-rengek.. Ingatkan abang Long dah tidur.. Bila abang ngah mengigau dan start berbunyik-bunyik, abang long bingkas bangun dan tepuk-tepuk abang ngah.. menitik air mata ibu.. ibu letak adik faris..

"abang long tidur ye.. terime kasih.. biar ibu tepuk pulak.." Ibu sambil menitis air mata cium dahi abang long yg tengah tersengih sengih.. Hanya Tuhan saja yang tahu beapa sayangnya Ibu pada anak-anak Ibu especially Abang long permata hati ibu.. baru 3 tahun dah pandai jaga adik..

Besar Rahmat Tuhan pada Ibu.. Alhamdulillah..
Ya Allah Ya Tuhanku.. Redhakanlah dan berkatilah kehidupan anak-anakku.. Berikan mereka kebahagian dunia dan akhirat. Jauhkanlah mereka dari kesengsaraan dunia dan akhirat. Jadikanlah mereka anak-anak yang soleh..

Monday, April 09, 2007

Haziq Haikal yang kurus

Macam mana ni? Haziq Haikal semakin kurus.. Tak nak makan.. minum susu dan makan biskut tiger sahaja..

Macam mana nii???

Monday, February 26, 2007

Hello! OK Bye!!

Haziq Haikal cuma boleh sebut tiga perkataan diatas dengan jelas dan terang. Ini semua gara-gara zaman mobile. Dia pandang kiri kanan semua orang ada handset. Jadi, tiga perkataan tu la yang paling lancar disebut.

Bila malam.. "Ok byee.. seee..." Percakapan Haziq Haikal memang susah nak faham. Gibberish habis. Tapi gaya mengalahkan orang tua.. Dapat handphone, bergaya sakan.. aduhaiiiii

Tuesday, February 06, 2007

Dahi benjol dan belakang lebam

Adik Najmi dan Abang Haziq Haikal sangat ganas.. Semalam dahi adik benjol kebiru-biruan. Belakang abang lebam kemerah-merahan. Sebabnya.. Sorang menggigit dan yang sorang lagi menolak.

Ini mengikut cerita Tok dan Tokki sebagai saksi ditempat kejadian. Kejadian berlaku secara berasingan tetapi berturutan.

Mula-mula adik dan abg sama-sama main kereta kecik. Kemudian abg ambik kereta dan main sorang-sorang sambil baring baring. Adik datang dari belakang dan gigit bahu abang.. Merah dan ada tanda gigi.

Lepas tu main balik sama-sama. Entah dimana silapnya, adik yang cepat marah ni menggigit belakang abang.. Abang tengah meniarap pulak tu. Mana sempat nak lari. Adik gigit sambil gigil-gigil kepale.. "Geramnyeeee ngan abang ni" adik fikir sambil gigit.. agaknya..

Abang meraung menangis. Sakit la kan.. Merah lagi belakang abang.. sampai lebam adik gigit. Takpe takpe.. nanti sampai mase abang balas.. Bila adik bejalan ke peti ais, abang lari-lari dan tolak adik ketepi. Dukk!! terhantuk dahi adik kedinding. Biru dahi adik..

Adoihh.. yang sorang jenis ikut angin. Baik abang tu.. tak pernah ketuk kepala adik.. takan tarik rambut dan tolak-tolak.. itu pon masa angin tengah tak elok. Tapi yang adik nih.. pantang silap sikit dia menggigit.. hish! Ibu pon kena gigit dengan adik.

Friday, January 26, 2007

When you were born...

This is for abang Haziq Haikal..

22 Januari 2005 - AidilAdha

Ibu sambut Aidil Adha di kampung. Makan rendang daging, sate, sup etc. Ibu diserang sakit perut dan cirit-birit. Balik KL dengan perut yang rasa tak sedap.

23 Januari 2005 - Malam
Mengadu pada abah perut rasa semacam. Sakit macam perut diregang-regang. Abah suruh ibu sabar memandangkan esok ibu ada temujanji dengan doktor.

24 Januari 2005 - Pagi
Ibu mengadu pada doktor rasa sakit. Doktor kata mungkin sebab jangkitan kuman. Doktor bagi antibiotik. Kalau sakit lagi atau ada tanda-tanda ganjil, telefon doktor dan datang terus ke klinik.

24 Januari 2005 - Malam
Ibu masih sakit. Makin kuat dan makin kerap. Ibu langsung tak boleh lelap. Kejutkan abah, abah mamai-mamai ambilkan hot water bottle buat ibu redakan sakit belakang. Ibu terkejut sebab ada turun darah. Sedikit. Abah kata tunggu sampai esok pagi.

25 Januari 2005
Sakit makin kuat. Perut sekejap-sekejap mengeras. Ibu dah panik. Telefon doktor dan doktor suruh ke klinik. Segera! Doktor periksa dan katanya "Dah nak bersalin ni!". Ibu diberi suntikan untuk hentikan contraction dan satu suntikan untuk kuatkan paru-paru baby. Sakitnya suntikan ni. Macam kena gigit semut dinasour. Doktor klinik swasta terpaksa pindahkan ibu ke HKL memandangkan klinik swasta tiada ventilator untuk premature baby. Jadi Ibu naik ambulan dan dihantar ke HKL. Ibu terus disorong ke Bilik Bersalin. Tangan ibu sebelah dipasang IV untuk bagi ubat tahan contraction. Sebelah lagi dipasang dengan wayar untuk monitor heart beat ibu. Perut ibu diikat untuk monitor heart beat baby. Ibu dah jadi macam Frankenstein.

Doktor datang dan pergi. Soalan yang sama ditanya. "Ada diabetis? Ada darah tinggi?" Ibu dah letih dan lapar. Sorang pon nurse tak nak bagi ibu makan. Pukul 3 petang sorang nurse masuk. Mdm Lee namanya. Senior. Sangat berhemah, ibu beritahu yg ibu lapar dan ibu nak ke toilet. Dia bagi ibu bedpan.. Alahai...

Pukol 10 malam Ibu disuntik lagi dengan jarum yg sangat sakit itu. Ubat tahan contraction dah dihentikan. Ibu tak tahan. Sepanjang malam sakit datang dan pergi. Ibu tertidur antara sakit.

26 Januari 2005
Pukul 7.30 pagi Dr. datang. Sorang India (perempuan) dan seorang Cina (lelaki). Periksa carta dan seluk. Dua-dua bertelagah. Sorang nak bagi beranak. Sorang lagi kata masih boleh ditahan cuma kena tukar ubat lain. Abah dari luar pelik tengok doktor bertekak depan bilik bersalin. Mdm Lee bagi satu injection tahan sakit sambil ngomel-ngomel pasal doktor bertekak.

8.15 pagi Dr. Nora (pakar O&G) masuk. Dua Dr. tadi diam bila Dr. Nora kata Ibu boleh bersalin. Seluk lagi dan ketuban dipecahkan. Sakitnya hanya Tuhan yg tahu. Contraction datang selang lima minit. Abah tetap tak nak keluar walaupon Mdm Lee dah warning banyak kali kalau abah pitam takde org nak tolong.

Dalam kelam-kabut Haziq Haikal keluar. Perlahan saja suaranya menangis. Ibu tak sempat nak tengok dia dah dibawa lari. Bila dah bersih baru diletak didada ibu. Ubun2 Haziq Haikal ibu cium.

Ibu dipindahkan ke wad jam 11 pagi. Pening2 lalat sikit dan ibu terus tertidur. Waktu melawat tengahari ibu mamai2 kirim barang pada abah. Habis waktu melawat ibu tidur semula. Jam 4 petang ibu gagahkan diri mandi. Baru rasa segar badan. Abah bagitau Haziq Haikal di Neonatal Unit. Dalam incubator dan ventilator. Ibu masih keliru. Eh? Dah jadi ibu?

Hari-hari seterusnya merupakan cabaran buat ibu. Banyak perkara baru yang ibu belajar. Ibu belajar erti pengorbanan seorang ibu pada anak. Ibu belajar pengorbanan kakitangan hospital kerajaan yang membantu rakyat. Ibu belajar Dugaan Allah datang bermacam-macam cara. Kali pertama Ibu lihat Haziq Haikal, hati Ibu rasa bagai diramas-ramas. Hati siapa tak pilu bila tangan yg kecil dicucuk sana-sini. Seluruh badan dipenuhi wayar/tiub yang disambung ke mesin.

Haziq Haikal,
Kali pertama Ibu melihat senyumanmu nak, Ibu rasakan segala keperitan didalam dunia ini lebur.

Kali pertama Ibu mendengar suaramu, Ibu rasakan Ibu mendengar satu nyanyian paling indah dalam dunia.

Terima kasih untuk segala kali pertama yang Ibu alami bersama Haziq Haikal. Semoga anak-anak Ibu jadi anak soleh yang diredhai Allah.

Happy Birthday yang kedua untuk Haziq Haikal.



LinkWithin

cerita yang mungkin anda suka