Friday, December 07, 2007

The 5th, Another Boy

He was born on Wednesday, 5th of December, 2007 in Ampang Puteri Specialist Hospital at 0940. His mother has to undergo C-section since his heart beat was not beating fast enough for a premature baby.



His name is Wan Faris Faisal. He was discharged from APSH on December 16.

Wednesday, November 21, 2007

It's Official... Another boy will be in town!!

30 weeks and counting. InsyaAllah another boy will join the Wan's clan. Isk isk isk.. Ibu sorang je laa perempuan.

So abah.. pilih pilih nama..

Wednesday, October 17, 2007

Syawal 1, 1428H - Sekinchan

Salam Aidilfitri untuk semua dari kami...

Abah, ibu, Haziq Haikal dan Najmi Naufal.. tahun depan kami beraya berlima.. tambah ngan adik baby.. Selamat Hari Raya semua..



Monday, September 10, 2007

Pneumonia Bronchi.. again

Najmi demam dan batuk-batuk lagi. Masuk wad lagi.. dan kali ni lagi lama. 9 hari anak dan ibu tersadai di HKL.

Najmi demam turun naik turun naik. Batuk-batuk dengan dahsyatnya. Bila pergi ke Emergency, sekali pegang dada doktor dah halau masuk wad. Memang dah siapkan kain baju dari awal so dengan pasrahnya masuk wad. Wad yang sama, katil sahaja yang berbeza.

Penat jangan cerita. Najmi kena Nebuliser every 4 hour and O2 setiap masa. Tu belum ubat lagi. Pendek kata, penat laa.. sampai ibu pon demam-demam. aduiiihh

Wednesday, July 18, 2007

Boys and their toys

Cars, balls and gadgets. Agaknya benda-benda ni memang dah imprint dalam genetic code gamaknya. Haziq Haikal obses dengan kereta dan benda-benda yang ada stereng. Lori kaa, tow truck kaa janji ada stereng. So keretapi dan kapali terbang is out of question.

Najmi? Setakat ni, belum menunjukkan kesukaan yang khusus. Dapat laptop main laptop. Dapat kereta main kereta. Dapat handphone, dia makan handphone...(waaaaa.. handphone ibu dah jahanam kena banjir air liur Najmi).

Anak kawan aku, suka bola. Asal jumpa bola terus pegang. Mak dia dah boleh bukak kedai bola. Tak kira saiz. Haziq Haikal n Najmi, tengok bola, angkat bola, baling bola. Lepas tu buat tak tau. Main gitu-gitu jee..

Another boy in the house loves gadget especially computer and the suku sakat. Entah hape-hape dia install dalam laptop... Kalau dapat mengadap laptop/PC yang ada connection to free internet, bom meletup kee, gempa bumi kee.. langsung dia tak peduli.. shissshhh..

Boys will be boys

Wednesday, July 11, 2007

Cuti-cuti Hujung minggu

Ikut Abah n Ibu pegi company trip di Swiss Garden Damai Laut. Sungguh letih tapi seronok.
Cuma masa company dinner ibu n abah tinggalkan kami di rumah Tok Nyang. Kawan dengan pak lang Aiman, pak long faiz, mak ngah siti n mak ngah ana.

Bangun pagi kena makan ubat Tok Chu bagi. Tapi kami happy.. sampai rumah je tergolek-golek tido. Penat taaauu

Thursday, June 21, 2007

New Addition

Ok.. next year.. (or maybe end of this year).. the duo will be a trio..

Ibu officially pregnant.. and Haziq and Najmi akan jadi abang to a little boy/girl..

(Doakan laa girl ye.. hahahaha..)

Monday, April 09, 2007

Haziq Haikal yang kurus

Macam mana ni? Haziq Haikal semakin kurus.. Tak nak makan.. minum susu dan makan biskut tiger sahaja..

Macam mana nii???

Friday, April 06, 2007

Najmi masuk sepital

Minggu lepas Najmi masuk wad. Najmi kena jangkitan kat paru-paru. Mula-mula demam sebab batuk-batuk. Tengah malam pegi HKL. Terus admitted. 4 hari duduk hospital..

Masa tengah sakit, alahaaaii.. lembik.. tak bermaya. Lepas dah sehat.. aaarghhh.. macam spiderman.. boleh memanjat dinding.. pening wooh

Monday, February 26, 2007

Hello! OK Bye!!

Haziq Haikal cuma boleh sebut tiga perkataan diatas dengan jelas dan terang. Ini semua gara-gara zaman mobile. Dia pandang kiri kanan semua orang ada handset. Jadi, tiga perkataan tu la yang paling lancar disebut.

Bila malam.. "Ok byee.. seee..." Percakapan Haziq Haikal memang susah nak faham. Gibberish habis. Tapi gaya mengalahkan orang tua.. Dapat handphone, bergaya sakan.. aduhaiiiii

Tuesday, February 06, 2007

Dahi benjol dan belakang lebam

Adik Najmi dan Abang Haziq Haikal sangat ganas.. Semalam dahi adik benjol kebiru-biruan. Belakang abang lebam kemerah-merahan. Sebabnya.. Sorang menggigit dan yang sorang lagi menolak.

Ini mengikut cerita Tok dan Tokki sebagai saksi ditempat kejadian. Kejadian berlaku secara berasingan tetapi berturutan.

Mula-mula adik dan abg sama-sama main kereta kecik. Kemudian abg ambik kereta dan main sorang-sorang sambil baring baring. Adik datang dari belakang dan gigit bahu abang.. Merah dan ada tanda gigi.

Lepas tu main balik sama-sama. Entah dimana silapnya, adik yang cepat marah ni menggigit belakang abang.. Abang tengah meniarap pulak tu. Mana sempat nak lari. Adik gigit sambil gigil-gigil kepale.. "Geramnyeeee ngan abang ni" adik fikir sambil gigit.. agaknya..

Abang meraung menangis. Sakit la kan.. Merah lagi belakang abang.. sampai lebam adik gigit. Takpe takpe.. nanti sampai mase abang balas.. Bila adik bejalan ke peti ais, abang lari-lari dan tolak adik ketepi. Dukk!! terhantuk dahi adik kedinding. Biru dahi adik..

Adoihh.. yang sorang jenis ikut angin. Baik abang tu.. tak pernah ketuk kepala adik.. takan tarik rambut dan tolak-tolak.. itu pon masa angin tengah tak elok. Tapi yang adik nih.. pantang silap sikit dia menggigit.. hish! Ibu pon kena gigit dengan adik.

Wednesday, January 31, 2007

Happy Birthday to You!!

Najmi is 1 today!! yippeee!! Yahuu!!

Pencapaian Najmi setakat 31 Januari 2007
  1. 6 batang gigi - 4 atas dan 2 bawah (semenjak umur 6 bulan)
  2. Berjalan jatuh. Semalam baru pandai berjalan banyak-banyak tapak. Sebelum semalam cuma 4 tapak sahaja.
  3. Menggigit abang bila marah
  4. Boleh menyanyi.."al la ala laa laa laalaalalaaaa"
  5. Boleh sebut "ataaakk.. tataakk.. atatatata.."
  6. Masih meleleh air liur. Najmi masih lagi banjir.. Baju sentiase basah.. "sigh"
  7. Suka buat muka serius. Tapi senyum carik makan sangat manis. Sengih sambil kecik-kecikkan mata. Ada lesung pipit mahal.. wuhuuu..
  8. suka kacau abang main tapi tak suka bila abang pukul. Jadi bila tak suka jadi marah. Bila Najmi marah, Najmi gigit.

Cepat sungguh Najmi besar. Dah setahun. Masa mengandungkan Najmi tak banyak sangat songeh. Cuma mabuk teruk masa first 3 months. Lepas tuh sangat senang.

Nak bersalin pon senang. Najmi sangat senang dikeluarkan. Tak sampai 1 jam sakit. Baik anak ibu. Nak bela pon senang.

Doa Ibu untuk Najmi dan Abang Haziq Haikal: Semoga jadi anak yg soleh. Hormat orang tua. Berbudi bahasa dan pandai membawa diri. Semoga Redha Allah sentiasa bersama anak-anak Ibu.

Friday, January 26, 2007

When you were born...

This is for abang Haziq Haikal..

22 Januari 2005 - AidilAdha

Ibu sambut Aidil Adha di kampung. Makan rendang daging, sate, sup etc. Ibu diserang sakit perut dan cirit-birit. Balik KL dengan perut yang rasa tak sedap.

23 Januari 2005 - Malam
Mengadu pada abah perut rasa semacam. Sakit macam perut diregang-regang. Abah suruh ibu sabar memandangkan esok ibu ada temujanji dengan doktor.

24 Januari 2005 - Pagi
Ibu mengadu pada doktor rasa sakit. Doktor kata mungkin sebab jangkitan kuman. Doktor bagi antibiotik. Kalau sakit lagi atau ada tanda-tanda ganjil, telefon doktor dan datang terus ke klinik.

24 Januari 2005 - Malam
Ibu masih sakit. Makin kuat dan makin kerap. Ibu langsung tak boleh lelap. Kejutkan abah, abah mamai-mamai ambilkan hot water bottle buat ibu redakan sakit belakang. Ibu terkejut sebab ada turun darah. Sedikit. Abah kata tunggu sampai esok pagi.

25 Januari 2005
Sakit makin kuat. Perut sekejap-sekejap mengeras. Ibu dah panik. Telefon doktor dan doktor suruh ke klinik. Segera! Doktor periksa dan katanya "Dah nak bersalin ni!". Ibu diberi suntikan untuk hentikan contraction dan satu suntikan untuk kuatkan paru-paru baby. Sakitnya suntikan ni. Macam kena gigit semut dinasour. Doktor klinik swasta terpaksa pindahkan ibu ke HKL memandangkan klinik swasta tiada ventilator untuk premature baby. Jadi Ibu naik ambulan dan dihantar ke HKL. Ibu terus disorong ke Bilik Bersalin. Tangan ibu sebelah dipasang IV untuk bagi ubat tahan contraction. Sebelah lagi dipasang dengan wayar untuk monitor heart beat ibu. Perut ibu diikat untuk monitor heart beat baby. Ibu dah jadi macam Frankenstein.

Doktor datang dan pergi. Soalan yang sama ditanya. "Ada diabetis? Ada darah tinggi?" Ibu dah letih dan lapar. Sorang pon nurse tak nak bagi ibu makan. Pukul 3 petang sorang nurse masuk. Mdm Lee namanya. Senior. Sangat berhemah, ibu beritahu yg ibu lapar dan ibu nak ke toilet. Dia bagi ibu bedpan.. Alahai...

Pukol 10 malam Ibu disuntik lagi dengan jarum yg sangat sakit itu. Ubat tahan contraction dah dihentikan. Ibu tak tahan. Sepanjang malam sakit datang dan pergi. Ibu tertidur antara sakit.

26 Januari 2005
Pukul 7.30 pagi Dr. datang. Sorang India (perempuan) dan seorang Cina (lelaki). Periksa carta dan seluk. Dua-dua bertelagah. Sorang nak bagi beranak. Sorang lagi kata masih boleh ditahan cuma kena tukar ubat lain. Abah dari luar pelik tengok doktor bertekak depan bilik bersalin. Mdm Lee bagi satu injection tahan sakit sambil ngomel-ngomel pasal doktor bertekak.

8.15 pagi Dr. Nora (pakar O&G) masuk. Dua Dr. tadi diam bila Dr. Nora kata Ibu boleh bersalin. Seluk lagi dan ketuban dipecahkan. Sakitnya hanya Tuhan yg tahu. Contraction datang selang lima minit. Abah tetap tak nak keluar walaupon Mdm Lee dah warning banyak kali kalau abah pitam takde org nak tolong.

Dalam kelam-kabut Haziq Haikal keluar. Perlahan saja suaranya menangis. Ibu tak sempat nak tengok dia dah dibawa lari. Bila dah bersih baru diletak didada ibu. Ubun2 Haziq Haikal ibu cium.

Ibu dipindahkan ke wad jam 11 pagi. Pening2 lalat sikit dan ibu terus tertidur. Waktu melawat tengahari ibu mamai2 kirim barang pada abah. Habis waktu melawat ibu tidur semula. Jam 4 petang ibu gagahkan diri mandi. Baru rasa segar badan. Abah bagitau Haziq Haikal di Neonatal Unit. Dalam incubator dan ventilator. Ibu masih keliru. Eh? Dah jadi ibu?

Hari-hari seterusnya merupakan cabaran buat ibu. Banyak perkara baru yang ibu belajar. Ibu belajar erti pengorbanan seorang ibu pada anak. Ibu belajar pengorbanan kakitangan hospital kerajaan yang membantu rakyat. Ibu belajar Dugaan Allah datang bermacam-macam cara. Kali pertama Ibu lihat Haziq Haikal, hati Ibu rasa bagai diramas-ramas. Hati siapa tak pilu bila tangan yg kecil dicucuk sana-sini. Seluruh badan dipenuhi wayar/tiub yang disambung ke mesin.

Haziq Haikal,
Kali pertama Ibu melihat senyumanmu nak, Ibu rasakan segala keperitan didalam dunia ini lebur.

Kali pertama Ibu mendengar suaramu, Ibu rasakan Ibu mendengar satu nyanyian paling indah dalam dunia.

Terima kasih untuk segala kali pertama yang Ibu alami bersama Haziq Haikal. Semoga anak-anak Ibu jadi anak soleh yang diredhai Allah.

Happy Birthday yang kedua untuk Haziq Haikal.



LinkWithin

cerita yang mungkin anda suka