Tuesday, March 25, 2008

Rindunya Ibu!!

Abang Long dan Abang Ngah di kampung.. riang gembira agaknya dengan Tok. Hati Ibu sangat rindu pada kalian pengubat jiwa ibu..

Kerana adanya Abang Long, Abang Ngah dan Adik Faris laa ibu kuat.. Ibu ada semangat.. saaayang anak-anak ibu..

Wednesday, March 05, 2008

Abang Long Penyejuk hati Ibu

Malam tadi ibu sorang-sorang tidurkan anak-anak ibu. Abah penat dan tak sedarkan diri. Yang paling susah nak ditidurkan ialah Abang Ngah. Adik Faris pulak merengek-rengek ajak main sebab siang dah banyak tidur.

Kesian Abang Long, golek golek sorang-sorang. Tidurkan diri sendiri. Lepas Ngah dah tidur, ibu tengokkan Adik Faris yang merengek-rengek.. Ingatkan abang Long dah tidur.. Bila abang ngah mengigau dan start berbunyik-bunyik, abang long bingkas bangun dan tepuk-tepuk abang ngah.. menitik air mata ibu.. ibu letak adik faris..

"abang long tidur ye.. terime kasih.. biar ibu tepuk pulak.." Ibu sambil menitis air mata cium dahi abang long yg tengah tersengih sengih.. Hanya Tuhan saja yang tahu beapa sayangnya Ibu pada anak-anak Ibu especially Abang long permata hati ibu.. baru 3 tahun dah pandai jaga adik..

Besar Rahmat Tuhan pada Ibu.. Alhamdulillah..
Ya Allah Ya Tuhanku.. Redhakanlah dan berkatilah kehidupan anak-anakku.. Berikan mereka kebahagian dunia dan akhirat. Jauhkanlah mereka dari kesengsaraan dunia dan akhirat. Jadikanlah mereka anak-anak yang soleh..

LinkWithin

cerita yang mungkin anda suka