Wednesday, January 31, 2007

Happy Birthday to You!!

Najmi is 1 today!! yippeee!! Yahuu!!

Pencapaian Najmi setakat 31 Januari 2007
  1. 6 batang gigi - 4 atas dan 2 bawah (semenjak umur 6 bulan)
  2. Berjalan jatuh. Semalam baru pandai berjalan banyak-banyak tapak. Sebelum semalam cuma 4 tapak sahaja.
  3. Menggigit abang bila marah
  4. Boleh menyanyi.."al la ala laa laa laalaalalaaaa"
  5. Boleh sebut "ataaakk.. tataakk.. atatatata.."
  6. Masih meleleh air liur. Najmi masih lagi banjir.. Baju sentiase basah.. "sigh"
  7. Suka buat muka serius. Tapi senyum carik makan sangat manis. Sengih sambil kecik-kecikkan mata. Ada lesung pipit mahal.. wuhuuu..
  8. suka kacau abang main tapi tak suka bila abang pukul. Jadi bila tak suka jadi marah. Bila Najmi marah, Najmi gigit.

Cepat sungguh Najmi besar. Dah setahun. Masa mengandungkan Najmi tak banyak sangat songeh. Cuma mabuk teruk masa first 3 months. Lepas tuh sangat senang.

Nak bersalin pon senang. Najmi sangat senang dikeluarkan. Tak sampai 1 jam sakit. Baik anak ibu. Nak bela pon senang.

Doa Ibu untuk Najmi dan Abang Haziq Haikal: Semoga jadi anak yg soleh. Hormat orang tua. Berbudi bahasa dan pandai membawa diri. Semoga Redha Allah sentiasa bersama anak-anak Ibu.

Friday, January 26, 2007

When you were born...

This is for abang Haziq Haikal..

22 Januari 2005 - AidilAdha

Ibu sambut Aidil Adha di kampung. Makan rendang daging, sate, sup etc. Ibu diserang sakit perut dan cirit-birit. Balik KL dengan perut yang rasa tak sedap.

23 Januari 2005 - Malam
Mengadu pada abah perut rasa semacam. Sakit macam perut diregang-regang. Abah suruh ibu sabar memandangkan esok ibu ada temujanji dengan doktor.

24 Januari 2005 - Pagi
Ibu mengadu pada doktor rasa sakit. Doktor kata mungkin sebab jangkitan kuman. Doktor bagi antibiotik. Kalau sakit lagi atau ada tanda-tanda ganjil, telefon doktor dan datang terus ke klinik.

24 Januari 2005 - Malam
Ibu masih sakit. Makin kuat dan makin kerap. Ibu langsung tak boleh lelap. Kejutkan abah, abah mamai-mamai ambilkan hot water bottle buat ibu redakan sakit belakang. Ibu terkejut sebab ada turun darah. Sedikit. Abah kata tunggu sampai esok pagi.

25 Januari 2005
Sakit makin kuat. Perut sekejap-sekejap mengeras. Ibu dah panik. Telefon doktor dan doktor suruh ke klinik. Segera! Doktor periksa dan katanya "Dah nak bersalin ni!". Ibu diberi suntikan untuk hentikan contraction dan satu suntikan untuk kuatkan paru-paru baby. Sakitnya suntikan ni. Macam kena gigit semut dinasour. Doktor klinik swasta terpaksa pindahkan ibu ke HKL memandangkan klinik swasta tiada ventilator untuk premature baby. Jadi Ibu naik ambulan dan dihantar ke HKL. Ibu terus disorong ke Bilik Bersalin. Tangan ibu sebelah dipasang IV untuk bagi ubat tahan contraction. Sebelah lagi dipasang dengan wayar untuk monitor heart beat ibu. Perut ibu diikat untuk monitor heart beat baby. Ibu dah jadi macam Frankenstein.

Doktor datang dan pergi. Soalan yang sama ditanya. "Ada diabetis? Ada darah tinggi?" Ibu dah letih dan lapar. Sorang pon nurse tak nak bagi ibu makan. Pukul 3 petang sorang nurse masuk. Mdm Lee namanya. Senior. Sangat berhemah, ibu beritahu yg ibu lapar dan ibu nak ke toilet. Dia bagi ibu bedpan.. Alahai...

Pukol 10 malam Ibu disuntik lagi dengan jarum yg sangat sakit itu. Ubat tahan contraction dah dihentikan. Ibu tak tahan. Sepanjang malam sakit datang dan pergi. Ibu tertidur antara sakit.

26 Januari 2005
Pukul 7.30 pagi Dr. datang. Sorang India (perempuan) dan seorang Cina (lelaki). Periksa carta dan seluk. Dua-dua bertelagah. Sorang nak bagi beranak. Sorang lagi kata masih boleh ditahan cuma kena tukar ubat lain. Abah dari luar pelik tengok doktor bertekak depan bilik bersalin. Mdm Lee bagi satu injection tahan sakit sambil ngomel-ngomel pasal doktor bertekak.

8.15 pagi Dr. Nora (pakar O&G) masuk. Dua Dr. tadi diam bila Dr. Nora kata Ibu boleh bersalin. Seluk lagi dan ketuban dipecahkan. Sakitnya hanya Tuhan yg tahu. Contraction datang selang lima minit. Abah tetap tak nak keluar walaupon Mdm Lee dah warning banyak kali kalau abah pitam takde org nak tolong.

Dalam kelam-kabut Haziq Haikal keluar. Perlahan saja suaranya menangis. Ibu tak sempat nak tengok dia dah dibawa lari. Bila dah bersih baru diletak didada ibu. Ubun2 Haziq Haikal ibu cium.

Ibu dipindahkan ke wad jam 11 pagi. Pening2 lalat sikit dan ibu terus tertidur. Waktu melawat tengahari ibu mamai2 kirim barang pada abah. Habis waktu melawat ibu tidur semula. Jam 4 petang ibu gagahkan diri mandi. Baru rasa segar badan. Abah bagitau Haziq Haikal di Neonatal Unit. Dalam incubator dan ventilator. Ibu masih keliru. Eh? Dah jadi ibu?

Hari-hari seterusnya merupakan cabaran buat ibu. Banyak perkara baru yang ibu belajar. Ibu belajar erti pengorbanan seorang ibu pada anak. Ibu belajar pengorbanan kakitangan hospital kerajaan yang membantu rakyat. Ibu belajar Dugaan Allah datang bermacam-macam cara. Kali pertama Ibu lihat Haziq Haikal, hati Ibu rasa bagai diramas-ramas. Hati siapa tak pilu bila tangan yg kecil dicucuk sana-sini. Seluruh badan dipenuhi wayar/tiub yang disambung ke mesin.

Haziq Haikal,
Kali pertama Ibu melihat senyumanmu nak, Ibu rasakan segala keperitan didalam dunia ini lebur.

Kali pertama Ibu mendengar suaramu, Ibu rasakan Ibu mendengar satu nyanyian paling indah dalam dunia.

Terima kasih untuk segala kali pertama yang Ibu alami bersama Haziq Haikal. Semoga anak-anak Ibu jadi anak soleh yang diredhai Allah.

Happy Birthday yang kedua untuk Haziq Haikal.



LinkWithin

cerita yang mungkin anda suka