Thursday, June 16, 2011

Abg Long

Abang long ni peel die pelik sket.. most of the time die diam.. tapi bila dia bercakap.. abg ngah yang banyak cakap pon tak boleh menyampok..abg long ni dapat the best personality from ibu n abah.. rasanya banyak peel abah kot.. tu mengikut kata tok n tokki laa..

very smart actually.. spelling terer.. dah boleh membaca sikit-sikit.. dan bila dia NAK sahaja.. dia cuma buat perkara yang dia NAK sahaja.. dia suka observe something and dia akan tanya bila dia rasa macam nak tanya.. cikgu kata bila diajar kat sekolah dia macam main-main tapi sebenarnya masuk dalam kepala.. bila tanya tau pulak dia jawab.. memang kene banyak bersabar laa actually nak melayan dia nih.

most of the t ime dia lagi suka main sorang-sorang.. atau gelakkan adik-adik yang tengah main.. cuti sekolah baru nih dia lagi suke berlari memusing-musing macam layang-layang tanpa arah.. dia bukan jenis main fizikal.. tapi selalu kene lanyak2 dengan adik-adik.. tapi bagusnya dia cukup bersabar dengan adik-adik. habis tension pon dia pulas telinga adik2 dia. heh

abg long ni jiwa dia sensitif dan sangat-sangat penyayang. dia sangat sensitif bila sebut org sakit.. tak kesah la tok sedare ke, sepupu jauh ke, asal dia dengar kita bercerita somebody2 jatuh sakit, dia nak tau.. kalau boleh nak jenguk kat hospital.. semalam tok datang rumah. last sekali jumpa sebulan lepas dan masa tu kaki tok sakit. ade bisol besar di betis. perkara pertama dia tanya tok dia, "tok, nak tengok kaki tok sakit". terkejut tok sebab dia ingat lagi kaki tok yang sakit tu.

diala yang selalu cakap "abg long sayang ibu".. most of the time tak susah nak handle die.. penyabar orgnya.. tapi bila time die keras kepale.. wahhaaaaii.. nak menitik air mata ibu.. cuma makan laa banyak sikit abg long.. kurus sangat.. sedih ibu tengok.

Thursday, June 09, 2011

Aktiviti Cuti Sekolah : Belajar Bahasa Mandarin

Cuti sekolah, tiga-tiga beradik ni balik rumah tok di Sekinchan. salah satu kelebihan balik kampung ialah, rumah tok sekinchan ada saluran TV berbayar. Ade channel cartoon.  Jadi abang ngah dah jadi sangat cekap menukar-nukar siaran. siap boleh pilih bahasa lagi.

Saluran berbayar ni kan suka tayang cerita sama berulang-ulang kali. Tok perasan yang abg ngah dah tukar cerita Tarzan ke bahasa Mandarin.

Tok: "kenapa abg ngah tukar bahasa cina?"
Abg ngah; "saje je sebab abg ngah nak belajar bahasa cina"
adik: "tok.. tok.. adik dah pandai cakap cina.. shong sheng cong ceng...."
tok: "hahahahahaha"

Boleh kawan-kawan? Mari kita belajar bahasa mandarin
gambo hiasan semate

Tuesday, May 31, 2011

cerita hari sukan sekolah part 1

malas nak cerita.. layan je gambar

perarakan masuk padang.

abg long masuk senamrobik. hahaha.

abg ngah lepas berlari

abg long in action

faris in action

 Nanti sambung lagi..

Monday, March 28, 2011

cerita tertunda

semenjak dah sekolah ni, sibuk sangat ibu sampai terlepas nak update cerita anak-anak ibu..

haziq haikal dah pandai menulis.. besar-besar dan cantik. cuma terbang-terbang diawan. dah hafal abc.. dah mula nak melukis juga.. semalam masa ibu kutip kertas-kertas conteng diorang ibu jumpa satu lukisan. siap ada label.. boy.. uh uh.. nanti ibu scan n letak laa hasil contengan diorang.. ambik yg best-best je..

najmi naufal pulak sangat pandai berkawan.. habis semua kelas jadi kawan dia.. tak kira la lagi tua ke lagi muda.. bak kate cikgu dia jadi hero. kawan-kawan abg dia pon kamceng dgn dia.

faris faisal.. alahai baby ibu nih.. kadang-kadang tough kalah abg2.. tapi kalau dapat menjerit.. menangis melalong macam tersepit je.. tapi die laa paling berani.. hehehe.. ade satu malam tu, anak cicak sudah lepak tepi tilam.. NN yg tengah menangis trus senyap sbb takut anak cicak ni lompat atas kepale die.. ibu pon geli jugak so ibu ambik spray pembunuh lipas/cicak/semuk dan spray satu kali ke anak cicak tu.. so anak cicak tgh nazak tu menggelupur.. ibu dah geli nak angkat buang dalam tong sampah.. akhirnya adik faris yang ambik berus dan pencedoknya tu, sapu anak cicak n buang dalam tong sampah.. voilaa.. terrer eh?

bila layan diorang tido ibu rasa cepat sangat diorang ni membesar.. tahun depan HH dan start skolah.. then NN.. lepas tu FF.. lepas tu ibu pon kene gi skolah jugak laa rasenye.. heheheh..

Wednesday, February 09, 2011

buzz lightyear and menangis pagi-pagi

smalam abg long dah pandai tulis buzz.. rajin sungguh.. minggu minggu sudah die rajin lukis spanbob.. minggu sudah die lukis bulat-bulat dalam ada alphabet.. cantik gak tulisan die untuk budak yang baru sebulan skolah.. skang ni dah pandai warnakan cantik-cantik. tak keluar garisan pon.. donut yang die lukis pon kadang-kadang ade due lapis warna.. uh uh.. bangganya..

yang kurang sedapnya abang ngah.. cerdik tu sangatlah cerdik.. pandai dah buat keje skolah.. smalam dia dah pandai buat reference.. cuma satu je.. suke nangis pagi-pagi. start bangun tido.. pakai baju.. sampai skolah.. walaaaah..

LinkWithin

cerita yang mungkin anda suka