6.30 am : Haziq Haikal akan menyamar jadi jam loceng.. bangun n bersembang sorang-sorang. ibu bangun mandi. selepas ibu mandi, kejutkan abah n abah mandi dengan haziq haikal. adik tidur lagi. lepas abg dan abah siap mandi, ibu siapkan abg. adik bangun tidur. ibu mandikan adik
8.00 am: Haziq Haikal dan Najmi Naufal dah wangi-wangi. Ibu ngan abah pon dah wangi nak pegi opis. Buatkan susu Haziq Haikal, adik menyusu n sambung tidur dalam buai. Anak jiran sebelah pon sampai.
9.00 am: Haziq Haikal main-main n nak tido. Mak Ngah bancuh susu untuk tidokan Haziq Haikal.
10.00 am: Haziq Haikal dah tidur n adik pulak bangun susu. Adik sambung tidur. Mak Ngah dah boleh buat kerja rumah, mainly memasak untuk makan tgh hari.
12.30 pm: Haziq Haikal bangun, makan tengah hari, lepas tu mandi n boleh main-main. Adik pon by this time dah bangun untuk susu lagi. Lepas susu, adik pon mandi lagi.
2.00 pm: Afternoon Nap Time.. (termasuk mak ngah n ibu.. hehehe)
4.00 pm: Bangun tidur n susu time..lepas tu main time..
6.30 pm - 7.00 pm: Ibu n abah sampai rumah. Haziq Haikal kejar n panjat-panjat kaki. Full attention is given. Dua-dua kena peluk cium n boleh gusti-gusti. Then mandi time!!!
8.00 - 8.30 pm: makan malam time.. by this time Haziq Haikal dah penat n nak tidur. Adik memang dah tidur.
10.30 pm: ibu dah ngantuk n nak tidur. kadang-kadang Haziq Haikal dah tidur.. tapi adik langsung tak menunjukkan keinginan nak tidur.. errghhh..
12.00 am: ZzzZZZZZzzZzzzzzzZZzZzZZZZz
Alhamdulillah, Haziq Haikal memang anak yang baik. Dari umur sehari sampai la sekarang dia kurang merengek melainkan sakit teruk (baca:langsung tak boleh angkat kepala n badan panas sangat) Adik pulak dah pandai nak jerit-jerit nangis kuat-kuat. Mak selalu pesan, dari baby lagi jgn diajar untuk sentiasa didukung. Pagi-pagi sebelum pergi kerja kena bagi tau pada dia yg ibu n abah nak pergi kerja. Jangan layan kalau ada rengekan. Memang pedih, tapi kena kejam sikit nak bagi dia faham yang kita keluar kerja bukan jalan-jalan.
Kadang-kadang memang dia akan buat hal, tapi kami akan bagi dia time-out. nangis laa sekuat hati pon. ibu mcm tak sabar sikit tapi abahnya memang penyabar. So balance laa disitu. Eh. cukup laaaa.. rindu pulak kat bebudak tu.